Tuesday, December 21, 2010

Mari Merawat Hati Kita


Bismillaahirrahmaanirrahiim
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. Ibu itu berpesan, �Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.�

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. �Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?� tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab, �Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.� Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.
------------------------------------

Satu kisah yang agak menarik minat saya. Saya yakin dan percaya, anda pun mendapat mesej yang baik dari cerita ini.

Hati dan lidah adalah punca segala apa yang 'keluar' dari manusia. Antara dua itu, yang lebih utama adalah hati. Sehinggakan Nabi Muhammad pun ada bersabda:

'di dalam diri kamu ada setul daging, bilamana ia baik maka baik la kamu, namun jika ia buruk, maka buruk lah kamu'

Sahabat bertanya: 'apakah daging itu ya Rasulullah'?

Baginda menjawab: 'itulah hati'

Sahabat sekalian...
Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak dapat lari daripada turut terlibat di dalam konflik hati. Semakin merumitkan keadaan, hati itu juga mampu ditembusi oleh syaitan yang mana makhluk perosak yang berjanji sehingga ke hari kiamat ingin mengacau dan menyesatkan manusia. Apabila kloborasi antara syaitan bersama diri kita, maka satu kekeliruan akan muncul menyebabkan manusia seringkali tewas pada dirinya sndiri.

Tidak perlu memilih sesiapa. Kita lihat saja diri sendiri. Semua orang terlibat pada permasalahan hati ini. Jangan menyangka kita hebat dan jangan bersangka-sangka orang ini hebat, orang itu mantap. Semantap mana pun orang itu, sehebat mana pun orang itu, dia juga berhadapan dengan masalah diri dia yang juga berpunca dari hati.

Saya akui, berkata-kata tidak semudah menghadapi. Ya, itu realiti. Namun, jika tidak berkata-kata, bagaimana mahu mencari penyelesaian. Di zaman Nabi pun, banyak juga konflik hati yang terjadi. Jika ada sahabat-sahabat atau umat ketika itu ada masalah, maka pada nabi lah tempat rujukannya. Apa yang nabi buat? Nabi berkata-kata! Kata-kata yang memberi peransang, memberi motivasi dan inspirasi!

Seorang wanita tua yang rajin beribadah datang menemui nabi kerana ada 'masalah hati'. Mungkin hatinya konflik dan keliru kerana tidak yakin dirinya akan masuk syurga kerana dirinya yang tua dan comot. Diajukan permasalahan hatinya pada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, adakah orang tua dan comot seperti aku ini masuk syurga?'

Nabi faham maksud perempuan itu. Maka Nabi memberi respon humor: 'tidak ada tempat bagi orang-orang tua di dalam syurga'....

Wanita tua itu terkejut dan menangis. Amat panjang tangisannya. Nabi hanya tersenyum dan tidak membiarkan wanita tua itu berduka dengan panjang. Maka baginda menyambung kembali: 'semua penghuni syurga adalah muda-muda belia. Semua umur adalah sekata. Tidak ada yang tua mahupun yang kecil. maka yang tua akan dikembalikan zaman mudanya!'

Wanita tua itu berubah. Hatinya terhibur. Terlerai sudah cengkaman hati yang menyelubungi dirinya. Maka berlalulah wanita tua itu dengan penuh kegembiraan.

Ini hanya salah satu contoh permasalahan hati dan penyelesaiannya. Antara yang boleh dijadikan pedoman, jika anda ada konflik hati, jangan biarkan dia berlalu dengan sendiri. Saya yakin ia takkan selesai! Jangan harap sebuah barisan pelajar baru universiti akan terbentuk dengan sendiri tanpa arahan! Begitu juga hati kita. Beri arahan! Arahan bagaimana? Ibarat barisan tadi, yg memberi arahan adalah 'orang lain'. Maka suruhlah orang lain memberi arahan pada hati kita. Bagaimana? Kongsilah konflik hati itu bersama orang lain. Walaupun orang itu tak mampu mengatasi, mungkin dia boleh memberikan pendapt. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya dia boleh menjadi pendengar yang setia.

Hati. Satu aset original yang ada pada diri kita semua. Sepatutnya kita menjaganya dengan penuh cermat. Berilah makanan pada hati setiap hari sepertimana kita meberi makanan pada tubuh kita. Makanan hati adalah zikir, bacaan quran, selawat dan amalan-amalan lain. Bila hati diberi makanan dengan gizi yang seimbang, risiko untuk dihinggapi penyakit mungkin boleh diminimumkan.

Jika sakit, cepat-cepat ubati. Satu ubat yang boleh meyembuhkan seribu penyakit. Bukan seribu ubat yang hendak menyembuhkan satu penyakit. Apa ubatnya? Itulah al-quran. Penghulu segala ubat. Umar al-khatab ada penyakit berpunca dari hati iaitu sifat jahil suatu ketika dahulu. Yang mengubati adalah al-quran (surah taha). Selepas Umar makan ubat itu, penyakitnya pun hilang. Hatinya bersih. Bukan sahaja penyakitnya hilang, tetapi menjadi semakin kuat dan bertenaga.

Akhirnya, sebagai manusia biasa, saya akui, kita semua terlibat. Mari kita hadapai permasalahan tersebut dengan bijaksana sebagai mukmin. Merujuk semula kisah di atas... sama-samalah kita muhasabah. Jangan biarkan 'hati' yang meng-control perjalanan diri kita. Biarlah iman di depan. Biarlah petunjuk Allah di depan! Bila kita lantik Allah sebagai driver, saya jamin perjalanan kita pasti sampai ke destinasi TANPA KEMALANGAN!
Load disqus comments

0 comments

Search This Blog

Powered by Blogger.